KETAHUILAH SEBAB MENGAPA ORANG GAGAL DI INTERVIEW
Sering
gagal dalam setiap kali temuduga? Sudah berpuluh-puluh temuduga kerja dihadiri
tetapi tiada satu pun yang melekat. Jangan risau, ini adalah Sebab Kenapa Anda
Selalu Gagal Dalam Temuduga Kerja.
Mencari
kerja diwaktu ini adalah sangat susah kerana anda perlu bersaing dengan ramai
orang yang turut mencari kerja. Dipanggil untuk temuduga merupakan satu
kejayaan pertama anda kerana disitu peluang anda untuk mendapat jawatan
tersebut sudah cerah.
Tetapi selepas ditemuduga, keputusan yang anda terima adalah GAGAL. Pertama, anda perlulah muhasabah diri dan redha dengan keputusan. Kemudian anda perlu post-mortem terhadap sesi temuduga yang anda hadiri, apa yang anda kurang atau salah? Oleh itu, berikut adalah antara sebab kenapa anda selalu gagal dalam temuduga kerja.
Kurang persediaan untuk temuduga.
Perkara paling utama adalah
sediakan segala maklumat, borang-borang, resume dan sijil-sijil yang
diperlukan. Seeloknya perlu ada beberapa salinan supaya kita bersedia dengan
apa-apa yang diperlukan ketika temuduga. Cuba bayangkan jika ada sijil yang
diminta, tetapi kita tidak sediakan? Adakah akan diterima untuk kerja jika
diawal temuduga sudah ada masalah?
Tidak pandai
membina keserasian dengan penemuduga
Hubungan lebih penting
daripada pengetahuan tentang produk atau service. Anda perlu ikatan dengan
penemuduga terlebih dahulu. Kemudian, barulah tunjuk kebolehan anda. Orang
mahu bekerja dengan orang yang mereka suka.
Tidak mempamerkan
bahasa badan (body language) yang betul atau terlalu yakin atau tidak cukup yakin
Majikan kadang-kadang akan
menentukan dalam masa 10 saat pertama jika mereka akan mengambil seseorang
bekerja.
Penemuduga dilatih untuk
memahami bahasa badan anda. Postur badan anda ketika ditemuduga akan dilihat
sama ada anda seorang yang berkeyakinan, bersemangat atau sebaliknya. Cara anda
mengawal pergerakan tangan dan sebagainya juga menjadi salah satu faktor yang
akan dilihat. Dari sini anda perlu menunjukkan anda minat dengan maklumat yang
sedang disampaikan.
Tidak
menunjukkan bersemangat dengan peranan (role/job) yang
ditawarkan
Jangan biarkan penemuduga anda melihat bahawa
anda sedang ditemuduga untuk kerja. Sebaliknya, tunjukkan yang anda sedang
ditemuduga untuk sesuatu yang anda suka lakukan.
Penemuduga dapat kenalpasti
sama ada anda betul-betul semangat atau sekadar mencuba sahaja. Untuk lulus,
anda perlulah kelihatan bersemangat dengan jawatan dan peranan yang bakal
diterima. Tunjukkan bahawa anda benar-benar mahu jawatan tersebut.
Jawapan tidak berstruktur.
Sekiranya anda ditanya soalan," apa pandangan anda tentang syarikat kami?.." apa yang anda akan jawab? Sebaiknya anda perlulah menkai dan menyelidik terlebih dahulu latar belakang syarikat dan juga jawatan anda. Pelbagai maklumat dapat dicari dengan mudah sekarang ini. Jika anda tidak dapat menjawab soalan ini, bermakna anda kelihatan tidak berusaha dengan cukup.
Terlalu
"Demand"
Sekiranya anda adalah individu yang benar-benar pihak majikan
perlukan, anda bolehlah 'demand', tidak salah. Tetapi temuduga ini adalah untuk
kerja yang baru, 'demand' adalah perkara terakhir yang perlu anda fikir.
Demand’ bagi pihak syarikat adalah satu bentuk pelaburan mereka kepada anda.
Bagaimana mereka boleh laburkan banyak kemudahan untuk anda sedangkan anda belum
menunjukkan prestasi yang baik lagi kepada mereka?
Tak Perlu
Memuji Diri Sangat
Ya, anda memang bijak dan mempunyai pelbagai kemahiran, tetapi
ketika temuduga walaupun perlu keyakinan yang tinggi, tapi tidak perlu untuk
memuji diri melebih-lebih pula, kerana anda akan memperlihatkan sifat berlagak.
Kata kuncinya disini adalah yakin tetapi masih rendah diri.
Terlalu
Santai Dalam Pertuturan
Bahasa yang dipertuturkan melambangkan keperibadian anda. Ingatlah
bahawa ketika temuduga, anda bukannya bercakap atau bertutur dengan rakan
sebaya mahupun rakan karib. Mereka inilah orang yang akan menentukan sama ada
anda lulus atau tidak dalam temuduga itu
Imej Tidak
Profesional
Imej adalah antara perkara pertama yang akan dipandang. Jangan
buat tidak tahu pula, ketika anda masuk sahaja ke ruang temuduga, imej anda
dilihat dari atas hingga ke bawah. Oleh itu, sangat penting untuk membawa imej
yang bersih dan juga profesional. Dari situ anda boleh terus memberikan proses
temuduga anda berjalan dengan lancar apabila penemuduga melihat anda dengan
imej profesional.
Tiada
Lesen Kenderaan
Salah satu perkara paling penting. Ada majikan yang bertanya
soalan ini terlebih dahulu, dan sekiranya anda tiada lesen, anda terus gagal.
Mungkin ada kerja yang tidak memerlukan lesen sebagai salah satu syarat. Tetapi
sebagai jalan paling selamat,usahakan untuk mempunyai lesen sendiri. Bagaimana
jika kerja yang ditawarkan itu memerlukan anda bergerak atau kerja di luar
pejabat?
Bertanya
Tentang Gaji
Antara soalan yang menyebabkan anda gagal ketika temuduga adalah
" Berapa gaji yang ditawarkan ya?", sedangkan ketika itu proses
temuduga baru bermula. Sekiranya penemuduga belum lagi bercerita mengenai gaji,
maka adalah lebih baik untuk berdiam diri daripada bertanya soalan sebegitu.
Tunjukkan bahawa minat anda adalah pada kerja, kemudian barulah pada gaji yang
ditawarkan
Kurang
Interaksi dan Terlalu Pemalu
Bila penemuduga bertanya, yang dijawab hanyalah sepatah. Kemudian,
kurang pula interaksi, dari segi mata serta percakapan. Terlalu pemalu adalah
salah satu faktor anda gagal dalam temuduga. Untuk jawatan-jawatan atau kerja
yang melibatkan orang contohnya, sifat terlalu pemalu perlu dihindari kerana
dari ketika temuduga lagi penemuduga boleh kenal pasti sifat pemalu anda.
Merayu-Rayu Meminta Belas Kasihan
Mungkin ada yang berjaya mendapat kerja dengan cara merayu, tetapi
perbuatan merayu untuk kerja ini sebenarnya boleh memperlihatkan bahawa anda
'desperate' dan tidak profesional. Perkara yang sepatutnya anda buat adalah
tunjukkan bahawa anda benar-benar layak untuk bekerja dan menjawat jawatan
tersebut dengan kemahiran yang anda ada !
Kesimpulannya, untuk LULUS dalam sesuatu perkara, kita perlulah
berusaha dan berdoa. Usaha adalah salah satu cara untuk kita mendapat kejayaan.
Membuat persediaan lebih awal, bersedia dari segi pemikiran, dan sebagainya merupakan
satu langkah yang tepat untuk anda berjaya.
Namun disamping itu juga selain dari perkara-perkara diatas antara penyebab yang paling utama ada keterampilan yang kurang menarik tambahan pula kepada wanita-wanita kulit muka seseorang wanita amatlah penting dan perlu dijaga secara rapi supaya kulit tidak nampak kusam semasa mengahadiri temuduga dimana - mana syarikat .
So dekat sini min ada nak suggest kan satu produk suplemen ni untuk penjagaan kecantikan luar dan dalaman iaitu MANEEZ ILADY .
SO korang min suggestkan untuk korang cepat-cepat dapatkan sekarang ! Banyak kebaikan yang korang akan dapat apabila korang konsisten consume maneez ilady ni dengan kandungan bahan PREMIUM yang diimport dari luar negara iaitu KACIP FATIMAH , SERAPAT , MANJAKANI , VITAMIN C , GLUTATHIONE yang sememangnya akan dapat merawat kulit anda luar dan dalaman :)
Team maneez juga sekarang ada membuka peluang untuk anda semua sertai team kami iaitu terbuka untuk sesiapa yang ingin menjadi dropship disamping kita cantik kita juga boleh jadi kaya . JOM BUAT INCOME SAMA-SAMA !
Boleh klik link dibawah untuk sebarang pertanyaan
http://bit.ly/ManeezHQNad













Comments
Post a Comment