8 TIPS MENJAGA RAHIM
8 cara menjaga rahim agar sihat dan TIDAK ROSAK.
1. Waspada Dengan Penyakit Genetik.
👉🏻Adakah ibu, nenek, ibu saudara atau adik beradik perempuan anda mempunyai sejarah penyakit rahim?👀
👉🏻Sebabnya, setiap penyakit ada kaitan dengan baka dan menyumbang 10% kepada faktor penyebabnya
2. Kahwin Awal Dan Hamil Awal.
👉🏻Fungsi utama rahim adalah bagi menampung kehamilan. Bahkan, dengan berkahwin awal dan kemudian hamil dalam umur muda, anda boleh mencegah dari tumbuhnya fibroids dan adenomyosis.
👉🏻Hal ini kerana, semasa hamil, otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali. Tapi selepas bersalin, ia kembali mengucup ke bentuk asal.
👉🏻Proses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan.
3. Amalkan Makanan Anti-estrogen.
👉🏻Rahim dipengaruhi dua hormon wanita iaitu estrogen dan progesterone.
👉🏻Bila hormon estrogen tak seimbang, ia boleh menimbul penyakit seperti fibroid, kanser rahim, adenomyosis, adenoma, kanser payudara, kemandulan, kesukaran hamil dan pendarahan rahim.
👉🏻Antara makanan yang bertindak sebagai anti estrogen seperti:
•Delima.
•Brokoli, kobis, califlour, pak choy, lobak putih.
•Minyak zaitun.
•Cendawan, anggur merah.
•Oat, teh hijau, buah citrus seperti lemon, limau nipas dan anggur.
•Kacang almond, walnut, gajus.
•Bawang merah, bawang putih, kunyit, spirulina, chorella.
•Sayuran hijau sepertis sawi, bayam dan salad.
•Minyak kelapa dara.
•Kucai, celery, berries, black currant, blue berries.
4. Perlu Jaga Faktor Hormon Tak Stabil.
👉🏻Apabila tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah, ia menyebabkan penyakit seperti tekanan fizikal, stress mental dan gangguan emosi.
👉🏻Sebab itu anda harus mengawal pemakanan yang mengandungi gula, karbohidrat, perisa dan pengawet yang menyebabkan hormon estrogen meningkat sedangkan progesterone menurun.
5. Jaga Rahim Sejak Kanak-Kanak
👉🏻Hal ini kerana anak perempuan selalu dijangkiti kuman di luar faraj akibat tidak sempurna beristinjak dan ketahanan badan lemah.
👉🏻Jika anda menghadapi masalah keputihan, basuh faraj dengan air garam kerana ia merupakan antiseptik terbaik bagi wanita.
👉🏻Ibu bapa juga boleh memberikan supplemen vitamin C (yang boleh dikunyah). Selain itu, multivitamin sirup dan minyak ikan juga boleh diberikan kepada anak perempuan.
Ia dapat meningkatkan ketahanan badan dalam menangani penyakit yang boleh menyerang rahim.
6. Kawal Kegemukan Dari Umur Kanak2 Dan Remaja.
👉🏻Jangan biarkan anak makan fast food terlalu kerap.
👉🏻Kurangkan makanan segera terutama ketika berada di asrama kolej mahupun universiti Jangan jadikan tak sempat masak sebagai alasan.
👉🏻Ketidak seimbangan hormon bermula ketika berlakunya gangguan haid sama ada tidak datang haid, haid terlalu banyak, haid berketul atau terlalu sedikit tapi berpanjangan. Itu semua ada kena mengena dengan rahim.
7. Jaga Kehormatan Diri Dan Kelancaran Haid Anda.
👉🏻TIDAK terjebak dengan kancah maksiat yang menyebabkan berlakunya pengguguran haram.
👉🏻Ia boleh menyebabkan jangkitan kuman pada peranakan yang boleh merosakkan rahim dan seterusnya jadi mandul.
👉🏻Haid tidak lancar adalah disebabkan saluran pintu rahim sempit. Tanda yang boleh dilihat adalah senggugut. Pemakanan kurang berzat dan tinggi racun yang boleh meningkatkan stress.
8. Banyak Amalkan Makanan Yang Membantu Rahim Dalam Keadan Baik.
💋Nenas, betik : berperanan membersihkan darah kotor dibelakang rahim
💋Keledek, keladi, ubi kayu.
💋Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
💋Bayam, sawi, pucuk paku, kobis, lobak, brokoli, taugeh.
💋Jambu, oren, manga, epal, buah naga
💋Kekcang, kismis
💋Ikan kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna, tonggkol
💋Amalkan minum the hijau (antioxidant) dan susu segar setiap hari
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan ilmu ini dengan semua wanita yang anda kenali. Jom sama-sama kita menjaga kesihatan kita❤️ !!
Jom klik link whatsapp untuk dapat lebih banyak manfaat❤ https://jomcantikdenganmaneez.wasap.my/








Comments
Post a Comment