TIPS YAKIN DIRI UNTUK KE INTERVIEW
Rasa takut nak berhadapan dengan orang ramai ? apa yang korang cakap selalu takdiberikan perhatian yang diharapkan ? Idea yang korang bagi selalu diabaikan ? Susah nak lalui interview dengan lancar ? Korang boleh gunakan tips yang nak dikongsikan ni supaya orang akan pandang korang dengan lebih serius ! Korang ingat selama ni orang yang Nampak konfiden sangat masa bersosial tu betul-betul konfiden ke ? Sebenarnya ramai yang pandai menyorokkan ketidakyakinan diri dengan bahasa badan yang Nampak dominant , pendek kata orang sebenarnya kena ikut cakap orang putih “ FAKE IT TILL YOU MAKE IT “
Ini adalah semua perkara yang korang kena bagi perhatian supaya nampak yakin pada pandangan orang lain walau dalam hati hanya tuhan yang tahu . Yang penting tips-tips ni boleh bantu korang melalui interview dengan jayanya ! Bila nampak konfiden baru majikan rasa ringan hati nak ambil kerja
Dikala ini, anda sudah semakin hampir dengan kerjaya yang anda impikan sekian lama. TAHNIAH diucapkan!
Jadi, apa yang perlu anda lakukan sekarang? Semasa temuduga nanti, anda hanya akan ada masa lebih kurang 15 ke 20 minit saja untuk mengetengahkan pengalaman, pengetahuan, dan kemahiran anda kepada penemuduga yang berkemungkinan besar menjadi majikan anda. Dalam artikel ini, dibentangkan beberapa tips temuduga yang dapat membantu anda melaluinya dengan tenang dan jaya.
Ketahui serba sedikit tentang organisasi yang memanggil anda untuk ditemuduga. Jika organisasi itu mempunyai premis atau bangunan yang terbuka kepada orang awam, pergi lawatinya. Layari juga laman web organisasi tersebut. Kalau boleh, cuba bercakap-cakap dengan mereka yang bekerja dalam organisasi itu. Dapatkan maklumat-maklumat ringkas seperti latarbelakang organisasi, produk dan servis yang ditawarkan, dan lain-lain.
Buat catatan tentang perkara-perkara yang mungkin anda boleh tanyakan kepada penemuduga nanti berkenaan organisasi dan jawatan yang dimohon. Membuat kajian ini akan membuat anda lebih menonjol dan menunjukkan yang anda mempunyai minat yang mendalam untuk bekerja didalamnya.
Berlatih sesi temuduga
Mungkin kedengaran agak kelakar, tapi sebenarnya ini dapat melatih diri anda supaya bercakap dengan lebih lancar dan tidak gementar semasa sesi temuduga yang sebenar nanti. Senaraikan beberapa perkara penting yang anda mahu penemuduga tahu tentang diri anda. Semak soalan-soalan yang kerap ditanya semasa temuduga dan sediakan jawapan-jawapannya. Berdiri di hadapan cermin dan laungkan jawapan tersebut berulangkali. Latihan ini akan memupuk anda supaya nampak lebih yakin dan tidak teragak-agak bila ditanyakan soalan-soalan.
Berpakaian kemas
Dalam sesi temuduga, pandangan pertama adalah sangat penting. Cara terbaik untuk mendapat pandangan pertama yang bagus adalah dengan berpakaian kemas. Bagi lelaki, anda boleh memakai baju kemeja berlengan panjang, seluar slek, tali leher dan kasut yang sesuai. Untuk wanita pula, pakailah pakaian yang sopan seperti baju kurung, blaus beserta seluar slek, atau apa-apa pakaian sesuai yang tidak mencolok mata. Elakkan dari memakai barang kemas secara berlebihan, begitu juga dengan wangi-wangian.
Pakaian anda akan mencerminkan peribadi anda secara ringkas dihadapan penemuduga dan tahap keseriusan anda untuk jawatan yang anda mohon.
Amalkan etika temuduga yang baik
Ada banyak perkara yang anda “boleh lakukan” dan “tidak boleh lakukan” semasa temuduga, dan senarai ini boleh menjadi sangat panjang dan tidak semua orang akan bersetuju untuk setiap aspek dalam senarai tersebut. Walau bagaimanapun, ada beberapa etika temuduga yang asas yang sangat penting untuk anda ingati.
Hadir temuduga tepat pada waktunya. Ini adalah yang SANGAT PENTING! Majikan mengharapkan pekerja untuk sampai ke tempat kerja tepat pada waktunya. Majikan mungkin akan menganggap mereka yang lambat hadir ke sesi temuduga, yang mana sepatutnya mereka menunjukkan sikap diri mereka yang terbaik, sebagai seseorang yang berkemungkinan besar untuk datang lambat ke pejabat atau susah menepati tarikh akhir tugasan jika diambil bekerja.
Jaga gerak badan atau “body language” anda. Apabila berjabat tangan , pastikan genggaman anda tampak tegas dan yakin. Kawal postur badan anda, tapi elakkan dari nampak kaku. Rasa gementar itu adalah normal, tapi jangan terlalu gementar sehingga penemuduga dapat membuat persepsi yang salah terhadap keupayaan anda untuk pekerjaan tersebut. Apatah lagi jika kerja tersebut melibatkan anda berinteraksi dengan ramai orang! Lihat ke mata penemuduga untuk menimbulkan keyakinan kepada mereka. Bercakap secara sopan dan profesional serta elakkan dari menggunakan slang dan kata-kata yang kasar. Semakin anda menyerlahkan keyakinan dan ketrampilan diri anda, semakin anda meninggalkan gambaran yang positif tentang diri anda kepada penemuduga.
Kekalkan suasana temuduga yang positif. Elakkan dari mengeluarkan kenyataan yang negatif dan memberi komen yang tidak baik tentang pekerjaan dan majikan anda yang terdahulu. Majikan selalunya mahukan pekerja yang sentiasa berfikiran positif, bersemangat, dan dapat memenuhi serta menangani pelbagai cabaran.
PEMILIHAN WARNA
Jangan pilih semua pakaian iaitu baju dan seluar daripada warna yang neutral. Kebanyakan kita cenderung untuk memilih warna yang tidak menyerlah atau dengan kata lain seluar hitam dengan kemeja putih. Pakain sebegitu dianggap membosankan dan penemu duga mungkin langsung tidak akan mengingati anda.
Anda boleh pilih warna yang terang tapi cuba padankan dengan warna klasik. Contohnya warna oren pada keseluruhan busana terlalu mengganggu pandangan mata oleh itu sebaiknya pilih seluar atau skirt warna hitam.
Meskipun anda tahu majikan mempunyai kod etika berpakaian santai tapi anda tetap perlu berpakaian secara seorang profesional. Selalunya orang akan memandang sinis terhadap bakal pekerja sekiranya tidak berpakaian yang sewajarnya semasa ditemu duga.
KESELESAAN
Tanyakan soalan ini ketika anda memilih baju. Adakah ia selesa? Adakah seluar anda terlalu ketat atau terlalu besar. Adakah baju anda terlalu ketat atau garis leher terlalu rendah?
Satu perkara yang wajib anda lakukan ketika memilih pakaian untuk temu duga dengan mencubanya dihadapan cermin. Ini untuk memastikan bahawa pakaian itu sesuai dan anda selesa apabila memakainya.
Anda pasti tidak mahu memakai sesuatu yang terlalu ketat, pendek atau yang sangat mendedahkan. Di sisi lain, pastikan pakaian anda kelihatan terbaik.
Jangan mengenakan aksesori yang mempunyai gambar yang ganas seperti tengkorak atau harimau.
Bagi lelaki pula jangan sekali-kali memakai tali leher yang terlalu menonjol atau kelihatan tidak profesional.
Pastikan solekan dan dandanan rambut anda membuatkan anda kelihatan profesional. Jangan memakai warna gincu yang terang atau sangat menonjol. Pastikan solekan itu neutral, selain tidak nampak comot atau pucat adalah paling dititik beratkan dalam tips penampilan untuk temuduga.
Bagi rambut pula pastikan ia kelihatan kemas. Jika rambut kelihatan kusut anda mungkin akan dilihat sebagai individu yang tidak mengambil berat tentang penjagaan diri. Bagi lelaki, pastikan janggut dan misai dicukur rapi.
Wanita bertudung perlu memilih fesyen atau style yang sesuai untuk menghadiri temuduga. Pemilihan merangkumi aspek warna, corak dan cara lilitan tudung atau selendang yang ringkas dan kemas. Jangan terlalu serabut degan lilitan yang akhirnya membuat anda sendiri kurang selesa bila berhadapan dengan penemuduga.
Daripada kuku saja penemu duga boleh membaca personaliti anda. Jikakuku dibiarkan panjang dan kotor anda akan dilihat sebagai individu yang tidak menjaga kebersihan atau pengotor.
Anda sudah tentu tidak mahu dilihat sebegini. Jadi pastikan kuku anda dipotong dengan rapi.
Bersedia untuk menanyakan soalan kepada penemuduga
Ini adalah masa dimana kajian anda berguna. Majikan ingin tahu jika anda benar-benar berminat dengan jawatan yang anda mohon. Mereka juga ingin tahu bahawa anda mempunyai semua maklumat yang anda perlukan untuk membuat keputusan, jika ditawarkan bekerja. Ini juga merupakan peluang anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang bidang perniagaan yang dijalankan, tentang jawatan, dan jangkaan kepada mereka yang mengisi jawatan tersebut.














Comments
Post a Comment