KETAHUI PUNCA GAGAL TEMUDUGA KERJA

Mahu merebut jawatan kerja kosong ketika ini terlalu hebat persaingannya. Bila sudah dapat peluang dipanggil temuduga, itu sudah satu pencapaian dan langkah awal yang tidak mungkin dilepaskan. Namun,apabila gagal diperingkat temuduga, ianya amat mengecewakan.

Jangan salahkan penemuduga kerana anda sepatutnya bersedia dan punya ilmu sebelum hadir ke temuduga tersebut. Muhasabah diri dan ketahui akan punca-punca kegagalan anda.

Berikut adalah antara punca atau sebab anda gagal temuduga untuk jawatan kerja kosong yang mungkin dapat dijadikan panduan dan pedoman untuk menghadapi sesi temuduga yang berikutnya.

Imej kurang professional

Ini perkara penting sekali. Tidak kira siapa anda, latarbelakang anda, taraf ekonomi anda, anda harus mempamerkan imej diri yang professional semasa hadir ke sesi temuduga.

Imej professional bukan bermakna anda harus memiliki pakaian yang mahal dan dijual di butik-butik termahal di pasaran. Ia sekadar sejuk mata memandang bagi panel temuduga dan tidak terlalu gah laksana pertunjukkan model.

Perlu diingatkan, ini temuduga kerja bukan pertunjukkan fesyen. Terutamanya bagi calon wanita. Kelihatan cantik amat perlu, cuma anda perlu berhati-hati supaya tidak merimaskan pandangan mata panel temuduga.

Walau apa pun pencapaian anda dalam pelajaran atau bidang pekerjaan sebelum ini, usah meninggikan diri dalam percakapan anda. Ia berbeza dengan menyatakan kelebihan diri anda.Panel temuduga, mereka dilatih untuk memahami bahasa badan dan gaya bahasa calon. Mereka dapat lihat sama ada anda meninggikan diri atau tidak melalui cara jalan anda, gaya percakapan. Bersederhana dalam percakapan anda. Atau dalam erti kata lain, elakkan daripada bercakap besar.




Lambat dan tidak membuat persediaan

Oh tidak!usah sesekali lambat di hari yang bermakna untuk kerjaya anda. Ini mencerminkan sikap anda dan pengurusan masa anda yang lemah.Buat persediaan seawal yang mungkin bagi mencari lokasi temuduga dan kawasan tempat letak kenderaan jika anda hadir menggunakan kenderaan sendiri.Lambat hanya untuk mereka yang benar-benar mengalami masalah yang tidak diduga dalam perjalanan awal ke tempat temuduga.

 Memberi alasan kesesakan lalu lintas adalah satu kesilapan yang besar. Usah mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai alasan kerana kurangnya persediaan anda.Penyelesaian terbaik, bersedia lebih awal. Hadir ke kawasan temuduga lebih awal. Memberi alasan tidak membantu anda berjaya dalam temuduga.


Maklumat palsu dalam resume

Resume anda tanggungjawab anda. Pastikan maklumat dalam resume anda adalah tepat dan benar tentang diri anda. Jika tidak, ia seolah-olah meletakkan label palsu pada sesuatu produk.Ada kemungkinan tinggi panel temuduga menyemak resume anda pada waktu temuduga berlangsung dan mereka dapat bertanya terus kepada anda tentang maklumat yang anda tulis dalam resume anda.

Penulisan resume yang palsu dan hebat dengan niat memancing ke temuduga satu persepsi yang kurang tepat kerana anda mungkin berjaya semasa pemilihan resume tetapi tidak pada temuduga sebenar. Jadi awas!




Terdapat segenap lapisan individu yang mengalami masalah kurang yakin ataupun confident semasa temuduga atas faktor-faktor masalah kulit kusam,berjeragat mahupun berjeragat walaupun sudah memakai riasan muka yang tebal.Hal ini secara tidak langsung membuatkan anda berasa rendah diri,bahasa badan akan kekok dek risau panel penemuduga memerhati gerakan anda.

Disini MANEEZ ILADY dapat mengembalikan era kecantikkan anda semula untuk lebih yakin dan berketerampilan semasa temuduga.

Bagaimana MANEEZ ILADY membantu?

Melalui bahan premium seperti rosehip,glutathione dan vitamin c mampu membantu kulit untuk cerah,memudarkan jerawat dan jeragat.Melalui pengambilan MANEEZ ILADY masalah yang anda hadapi boleh diatasi seawal 72 jam selepas pengambilannya.Anda mampu yakin dan berketerampilan semasa temuduga dengan MANEEZ ILADY



Comments

Popular posts from this blog

Dirimu Amat Berharga Wahai Wanita💋

TIPS YAKIN DIRI UNTUK KE INTERVIEW

KETAHUILAH SEBAB MENGAPA ORANG GAGAL DI INTERVIEW