PUNCA KULIT KUSAM DAN GELAP
Semua orang ingin memiliki kulit wajah yang sihat dan cerah. Terlihat flawless adalah istilah yang amat popular. Bagi wanita Asia, kulit yang putih adalah simbol kecantikan dan ia mampu meningkatkan keyakinan diri. Kegilaan wanita barat untuk memiliki kulit yang sawo matang pula langsung tidak memberi kesan pada trend tersebut.
Wajah kusam tentu dapat mengganggu penampilan. Akibatnya, kulit anda jadi tampak lelah, tidak bercahaya, dan terlihat lebih tua. Kulit kusam juga membuat wajah menjadi tidak kelihatan cerah dan glowing.
APAKAH PUNCA KULIT MENJADI KUSAM DAN GELAP?
1. Penumpukan sel kulit mati
Penyebab utama wajah kusam adalah penumpukan sel kulit mati. Ini berlaku apabila seseorang itu tidak membersihkan muka dengan betul, seterusnya mengakibatkan sel-sel kulit mati terkumpul dan kelihatan kusam.
Pada dasarnya, sel-sel kulit mati mengelupas secara semula jadi untuk menggantikan sel-sel lama kepada sel-sel baru setiap 28 hari atau lebih. Akan tetapi, terkadang, sel-sel kulit mati tidak dapat mengelupas sepenuhnya dan mengakibatkan kulit terasa kering, bersisik, pori-pori tersumbat dan tampak kusam.
2. Pancaran sinaran matahari
Sinar matahari adalah bagus untuk anda sebab ada vitamin A. Tetapi jika anda terdedah dengan sinar matahari secara berterus-terusan dalam tempoh yang lama ia akan memberikan kesan buruk pada kulit muka.
Ini sebab sinar matahari ada sinaran Ultra Violet (UV) yang boleh rosakkan kulit secara perlahan-lahan dan membuatkan kulit kering dan kusam.Selain kulit kusam ia juga boleh menyebabkan masalah kulit yang lain.
1)Cahaya UV A:Menyerap jauh ke dalam kulit. Ia boleh bertindak balas dengan sesetengah ubat dan kosmetik menyebabkan sel kulit rosak dan kolagen musnah. Menjadikan kulit mengalami proses penuaan dengan awal.
2)Cahaya UV B:Akan sampai ke lapisan atas kulit dan merupakan penyebab utama kulit terbakar.
3)Cahaya UV C:Sinaran UV Cyang paling bahaya, tetapi lapisan ozon dapat menghalang sinar UV ini daripada sampai ke permukaan bumi
3. Stress atau tertekan
Stress ada masalah psikologi. Contoh stress yang biasa dialami adalah masalah di tempat kerja, stress sebab jalan ‘jammed’ atau stress dengan ahli keluarga.Stress akan menyebabkan pelbagai penyakit, salah satunya adalah meningkatkan penghasilan minyak melalui kelenjar muka dan seterusnya jadikan kulit muka kusam. Faktor tekanan boleh mempercepatkan proses penuaan kulit hinggalah menyebabkan ia kelihatan kusam.
4. Kurang rehat dan pola tidur yang tidak teratur
Kekurangan waktu rehat dan tidur yang tidak teratur juga dapat memperlihatkan wajah yang lebih tegang dan wajah yang kelihatan kurang bersemangat dan kusam. Kulit wajah memerlukan masa rehat yang cukup untuk proses penggantian sel kulit baru. Waktu tidur yang baik adalah dalam lingkungan 6-7 jam bagi golongan dewasa.
Apabila anda tidur dan mendapat rehat yang cukup, kulit akan segar dan sel-sel kulit boleh diperbaharui dengan baik. Ini kerana pada malam hari, badan kita juga sedang jalankan proses penting seperti menggantikan sel-sel kulit pada muka dan badan. Jika anda tidak tidur ikut waktu yang betul, makan sel-sel kulit tidak dapat diproses dengan sempurna. Sebab itu masalah kulit kusam terjadi.
5. Kesan sampingan dari penggunaan kosmetik
Penggunaan bahan kosmetik yang bukan dari sumber alam hanya membahayakan kulit. Kandungan kimia dari kosmetik secara tidak langsung akan memberikan kesan negatif kepada pengguna. Jadi sangat penting untuk memilih kosmetik yang berunsurkan semula jadi.
Antara bahan kimia dalam kosmetik adalah:
a) Phthalates atau Dibutyl Phthalates
Banyak digunakan sebagai 'plasticizer' di dalam alat penjagaan kuku, pelembap bibir, minyak wangi serta deodoran sebagai bahan 'pemegang' bau dan warna.
b) Paraben
Paraben boleh menyerupai estrogen dan mengganggu hormon badan. Terdapat juga paraben yang dapat dikesan di dalam tisu kanser payudara.
Paraben merupakan bahan kimia yang tidak mempunyai masalah untuk menyerap ke dalam saluran darah dan mengganggu sistem imunisasi badan.
c) Triclosan
Banyak digunakan di dalam alat kosmetik antibakteria seperti pencuci muka, deodoran dan ubat gigi. Selain mengganggu sistem endokrin, triclosan juga menyumbang kepada ketahanan antibiotik terhadap bakteria.
6.Faktor kekurangan vitamin
Badan kita amat memerlukan vitamin untuk lalukan aktiviti yang lebih mudah dan juga buatkan tubuh badan kita lebih sihat dan segar. Dengan cara pengambilan vitamin dalam badan akan membantu kulit lebih sihat dan bercahaya.Kulit yang kekurangan vitamin akan sebab anda mengalami pelbagai masalah kulit kusam dan juga akan sebabkan kulit berminyak.
7.Pola makan yang tidak teratur dan seimbang
Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat penting untuk kesihatan kulit kita. Makanan yang lebih banyak gula atau garam adalah Punca terjadinya kulit kusam.Berat badan yang mudah naik turun Perubahan mendadak pada peningkatan dan penurunan berat badan juga kesihatan kulit. Perubahan berat badan menyebabkan kulit mudah berkedut dan melihat tua serta kusam.
Terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk mengatasi masalah kulit kusam dan gelap sama ada secara semula jadi mahupun menggunakan teknologi seperti whitening drip,pulvesiator,frimator atau sebagainya.Tetapi rawatan teknologi ini menelan pengeluaran yang tinggi kerana perlu dilakukan secara berkala malahan secara berterusan.
Disini MANEEZ ILADY mampu menghilangkan kegusaran anda dalam menangani masalah kulit gelap dan kusam.
Mengapa MANEEZ ILADY?
MANEEZ ILADY merupakan supplement kecantikkan khas untuk wanita yang mengidamkan kulit wajah yang cerah dan mengembalikan kulit wajah menjadi lebih gebu dan glowing.
Dengan formulasi bahan premium berkualiti,MANEEZ ILADY mampu membantu mecantikkan kulit disamping membantu merawat masalah dalaman wanita.
Melalu gabungan ekstrak premium vitamin c,glutathione,rosehip dan herba tradisional unggul malaya sejak turun temurun mampu mengatasi masalah kulit kusam dan gelap.
MANEEZ ILADY memberi kesan seawal 72 jam dan ada yang mengambil masa sehingga 1-2 minggu . Ia bergantung kepada sistem imun dan metabolisma badan masing-masing.Jangan risau MANEEZ ILADY mempunyai dos dan khasiat yg cukup tau untuk beri kesan paling cepat.

Comments
Post a Comment